MUMIA ZAMAN ROM DITEMUI DI MESIR

Sekumpulan pakar arkeologi Mesir menemui satu mumia Rom kuno didalam keranda batu disebuah kawasan perkuburan purba bersama beberapa topeng gipsum di Kaherah, Mesir. Perkara ini disahkan dalam satu kenyataaan Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir.



Keranda batu sepanjang satu meter yang ditemui baru-baru ini merupakan ukiran seorang wanita memakai jubah bangsa Rom. Mumia seorang wanita yang mati semasa zaman Greco-Rom kira-kira 2,300 tahun dahulu ditemui dalam keranda itu.



Kumpulan arkeologi itu turut menemui satu kepingan emas dengan ukiran empat anak lelaki Horus iaitu dewa langit tamadun Mesir purba dan beberapa bekas tanah liat serta kaca di Oasis Bahariya, sekitar 300 kilometer ke barat daya Kaherah. Makam yang mengandungi 14 kubur itu pertama kali ditemui semasa kerja-kerja menggali dilakukan bagi membina sebuah pusat kegiatan remaja.







Gambar adalah sekadar hiasan

0 Response to "MUMIA ZAMAN ROM DITEMUI DI MESIR"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...