Gadis tersebut diparcayai telah ditikam oleh bekas tunang beliau selepas berlaku pertengkaran antara mereka.
Berdasarkan cerita saksi Arwah Syafika telah dihantar oleh abangnya bersama bekas tunang ke tempat kerja di Ekonsave Kluang dan kemudiannya abang mangsa telah menghantar bekas tunangnya ke perhentian bas.
“Suspek bagaimanpun telah berpatah balik dengan berjalan kaki menuju ke tempat kerja bekas tunangnya/mangsa.”
“Suspek dan mangsa dilaporkan telah bergaduh ditempat kejadian sambil disaksikan kawan-kawan sekerja dimana mangsa telah jatuh selepas dipukul. Mangsa cuba bangun dengan memegang kaki kawannya, ketika itulah suspek menikam mangsa di rusuk kiri belakang,” cerita sumber tersebut.
Gadis yang berasal dari Felda Ulu Dengar dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan menuju ke hospital.
Motif dikatakan adalah kerana cemburu kerana mangsa sudah bertunang dengan orang lain.
0 Response to "MAUT DITIKAM BEKAS TUNANG DI PARKIR PASARAYA"
Post a Comment