Kamal Adli sekali lagi didakwa tidak mempunyai disiplin dalam menjaga masa kerana tiba lewat ke lokasi penggambaran program Ye Ke?! selama 2 jam setengah.

Artis-artis bagi sesi kedua datang setengah jam lebih awal daripada yang ditetapkan dan kerana kelewatan Kamal, Awie terpaksa menarik diri pada saat akhir.
Tentu sekali produksi program tersebut menjadi tidak menentu kerana rencana mereka celaru dan mempersoalkan mengapa Kamal tidak memberitahu krew ataupun penerbit sekiranya beliau mempunyai sebarang masalah.
Sebelum ini, Kamal yang bertindak sebagai hos program pencarian bakat Dewi Remaja juga sering tiba lambat dari masa yang ditetapkan.

0 Response to "Kamal Adli Ganggu Proses Penggambaran Tiba Lewat Di Lokasi"
Post a Comment