Hafiz Hamidun Tidak Setuju Adakan Demo Turunkan Salib

Hafiz menerusi laman Facebook rasminya, meluahkan rasa kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang tetap berkeras mahu salib itu diturunkan dengan membuat demo. Menurutnya, perkara seperti itu tidak pernah diajar dalam agama Islam mahupun adab masyarakat Melayu.
Kenapa perlu berdemo angkat sepanduk turunkan salib? Sorry. Islam tak ajar cara begini pun. Maaf, adab orang Melayu pun tak begini.
Mendapat pelbagai reaksi daripada peminat, ada individu yang menyarakan agar Hafiz membuat kajian mengenai motif tersembunyi di sebalik simbol salib yang berada di gereja tersebut dimana ia merupakan salah satu agenda Kristian untuk menyesat serta memurtadkan orang Islam di sekitar kawasan tersebut.
Isu mengenai agak sensitif apatah lagi kita hidup didalam negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Pihak yang berkenaan harus menyelidik perkara seperti ini dengan sebaiknya sebelum membuat sebarang tindakan.

Related Posts :

0 Response to "Hafiz Hamidun Tidak Setuju Adakan Demo Turunkan Salib"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Post With Sliding Effect