CHONG WEI - WANITA ITU BUKAN ROSMAH


CHONG WEI - WANITA ITU BUKAN ROSMAH | KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei nampaknya boleh menarik nafas lega selepas hukuman penggantungan yang dikenakan ke atasnya selepas dikaitkan dengan pengambilan bahan terlarang akan berakhir hari ini.

Bagaimanapun, laporan yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam sedikit menimbulkan kontroversi dan tanda tanya apabila ia menyebut kapsul ubatan herba yang diambil oleh Chong Wei diberikan oleh seorang isteri yang sangat berpengaruh.

Susulan itu, antara individu yang dikaitkan dengan isu tersebut adalah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memandangkan beliau adalah peminat kepada pemain badminton nombor satu negara itu dan juga penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Tidak mahu isu itu terus menjadi panas, Chong Wei tampil menafikan spekulasi tersebut yang kononnya isteri seorang yang berpengaruh yang dimaksudkan adalah Rosmah.

“Ya, saya boleh sahkan bukan beliau (Rosmah),” katanya dipetik sebuah portal berita, semalam.

Terdahulu, laporan BWF menyatakan kira-kira sekitar tahun 2007 dan 2008, wanita berkenaan mula memberi kapsul Cordycepd kepada Chong Wei yang dibeli dalam bentuk bahan mentah dan dijadikan serbuk dan dikapsulkan di sebuah kedai di Kuala Lumpur.

0 Response to "CHONG WEI - WANITA ITU BUKAN ROSMAH"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...