Bapa Tanam Bayi Baru Lahir kerana Bibir Sumbing


Hanya kerana dilahirkan dengan bibir sumbing, seorang bapa tergamak menanam bayinya hidup-hidup sebaik sahaja bayi perempuan itu dilahirkan.




Nasib baik bayi itu terselamat selepas dia ditemui oleh seorang budak yang bermain di kawasan kotor berkenaan.


Lelaki kejam itu, Kong Sokthy, 29, dikatakan telah menanam bayi berkenaan sebaik sahaja dia melihat wajah anak yang baru dilahirkan itu.


Dia kemudiannya ditangkap polis namun tuduhan ke atasnya telah digugurkan.


Dalam pada itu, bayi tersebut yang kini sudah berusia tujuh bulan akan menjalani pembedahan selama 45 minit bagi membetulkan bibirnya yang sumbing itu.


Menurut pakar bedah, Dr Mok Theavy, yang akan menjalankan pembedahan secara percuma itu, pembedahan itu adalah mudah dan bayi berkenaan akan dapat makan dengan betul, manakala parutnya tidak akan kelihatan.


Sementara itu, ibu bayi tersebut, Heng Dang tidak menyangka bahawa bibir sumbing dapat dibetulkan menerusi pembedahan.


“Saya tidak sangka bibir sumbing dapat dibetulkan,” katanya


0 Response to "Bapa Tanam Bayi Baru Lahir kerana Bibir Sumbing"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...