Di Asia di mana kosnya paling murah, makanannya yang lazat dan tempat penginapan yang murah dengan suasananya yang meriah menjadikannya destinasi yang ideal untuk mereka yang suka berparti.
Kepada mereka yang pernah berparti di bandar, mungkin anda telah jemu dan muak dengan suasana parti yang sama dan ingin berubah angin dan mencuba sesuatu yang baru seperti berparti di atas pantai yang indah berhadapan dengan laut kristal yang cantik.
Kali ini, OMG! ingin berkongsi dengan party-party animal 10 destinasi menarik untuk kaki parti.
Destinasi 1 - Phuket, Thailand
Secara spesifiknya kawasan Patong di Phuket, Thailand merupakan destinasi yang paling klasik menjadi pilihan ramai kaki parti. Nama Bangla Road mungkin sinonim untuk mereka yang sudah biasa ke sini di mana deretan kedai makan dan kelab malam, bar dan pusat hiburan menyajikan hiburan hingga larut malam menjanjikan kepuasan kepada pengunjung.
Dari segi penginapan, Phuket merupakan destinasi pelancongan yang paling mahal di Thailand, jadi kepada anda yang ingin mencuba berparti di sini, pastikan anda membawa bekalan wang yang mencukupi.
Destinasi 2 - Langkawi, Kedah
Sekiranya anda memandu dari arah selatan tanahair, lupakan Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang, terus memandu menghala ke arah utara Semenanjung tanahair menuju ke sebuah pulau bernama Langkawi atau sekiranya anda tidak mahu memandu, anda boleh menggunakan perkhidmatan penerbangan untuk sampai di sini.
Pada waktu malam, anda boleh meninjau keadaan di Pantai Cenang di mana di situlah terletaknya deretan kedai makan dan pusat hiburan berada yang menjadi tumpuan pengunjung. Dengan berstatuskan destinasi bebas cukai, kami pasti anda mampu berjimat ketika berparti di pulau ini!
Destinasi 3 - Boracay Filipina
Terletak di Filipina, Pulau Boracay ini menjadi tumpuan pengunjung dari serata dunia. Selain pasir pantainya yang putih dan air lautnya yang jernih, Pulau Boracay ini menjadi pilihan 'party animal' kerana kehadiran kedai makan dan pusat hiburan di tepi pantai yang ohsem!
Dengan dentuman muzik yang kuat dari pembesar suara dan dikelilingi oleh 'crowd' yang sporting, kami pasti anda akan 'have a good time' di sini.
Destinasi 4 - Gili Trawangan
Terletak di Lombok, Gili Trawangan sentiasa mempunyai stigma kerana menjadi ' Pulau Parti ' daripada tiga Gilis dan terdapat pelbagai restoran dan bar dibuka sehingga 02:00 di sepanjang pesisiran pantainya.
Di waktu malam, parti akan diiringi dengan muzik terkini hip hop , tarian dan 'house music' sehingga selewat 04:00 pagi.
Putaran muziknya berbeza mengikut hari di mana pada malam Isnin untuk Blue Marlin untuk rave party, malam Rabu muzik funky di Shipwrecked Bar terletak di tepi pantai dan muzik Reggae di Rudys Bar dan Sama Sama Bar.
Destinasi 5 - Kuta, Bali
Kuta memang terkenal di antarabangsa dari aktiviti meluncur ombak dan pasir pantainya yang keemasan. Selain itu, Kuta juga menjadi tumpuan pelancong yang ingin berparti di kawasan tengah bandar itu.
Kelab lama yang masih berjalan adalah Daerah, yang merupakan evolusi legenda Musro Bali di Jalan Kartika Plaza. Juga di jalan adalah Gracie Kelly di Bali Dynasty Resort , yang adalah unik kerana ia adalah satu-satunya Irish Pub di pulau itu. Di jalan pantai Jalan Pantai Kuta , terdapat Hard Rock Café , dan dipukau baru di peringkat ketiga Kuta Beachwalk yang juga membentuk tempat kejadian setiap malam . Di sini kita telah dipilih daripada Top 10 tempat di Kuta bagi mereka yang mencari masa yang besar selepas matahari terbenam.
Destinasi 6 - Koh Phangan, Thailand
Di sinilah hos untuk acara Full Moon Party yang terkenal itu. Terletak di Koh Samui, Thailand, pulau ini menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing untuk satu tujuan, iaitu - BERPARTI!
Read more: http://ift.tt/1JUIz9a
0 Response to "6 DESTINASI MENARIK UNTUK BERPARTI DI ASIA"
Post a Comment