10 Perkara Yang Paling Diharapkan Isteri Dari Suami

Adakalanya suami tidak peka bahawa isterinya mengharapkan banyak perkara dari suaminya. Antaranya 10 Perkara Paling Diharapkan Isteri Dari Suami. Bagi isteri amat sukar untuk mengungkapkan dengan kata-kata, apa lagi perkara yang ia harapkan dari suaminya.
Agar suami isteri semakin harmoni dalam rumahtangga hingga terbentuk keluarga sakinah mawaddah wa rahmah, suami perlu mengetahui bahawa ada 10 perkara yang paling diharapkan isteri dari suami. Antaranya :

KASIH SAYANG

Perkara penting yang paling diharapkan isteri dari suami adalah kasih sayang. Isteri ingin dicintai, dikasihi, dan ingin disayangi. Banyak suami sebenarnya mencintai isterinya dengan tulus dan setia. Namun kerana perbezaan cara mengungkapkan cinta antara lelaki dan wanita, cinta yang tulus dan setia itu belum dirasai sepenuhnya.

Suami merasa bahawa dengan bekerja keras mencari nafkah sehinggakan terpaksa pulang larut malam adalah pernyataan cintanya pada isteri. Sedang isteri mengharapkan suami dapat menyatakan cintanya secara ungkapan kata-kata, seperti “aku cinta padamu”. Ketika pergi keluar bandar atau tempat kerja, menelefon atau kirim pesanan ringkas seperti SMS, Whatsapp atau Wechat dan seadanya yang dengan menyatakan ia rindu. Isteri ingin suami sering mengecup keningnya, memegang tangan, memeluk mesra, mencium dan sebagainya.

KL1PERHATIAN

Cinta adalah memberi. Pemberian cinta yang pertama adalah perhatian.

Isteri sangat mengharapkan perhatian dari suaminya. Saat penampilannya berubah, sesungguhnya isteri sedang mempercantik dirinya untuk membahagiakan suami. Isteri sangat suka jika suaminya memberi respon dengan positif dan puji-pujian. Saat isteri kelihatan letih, isteri suka jika suaminya memijitnya, paling tidak pun menanyakan mengapa terlihat keletihan. Apalagi jika isteri sedang sakit atau menghadapi masalah. Respon suami adalah bentuk perhatian yang disukai sekaligus diharapkan isteri.

MEMAHAMI

Isteri manapun pasti berharap suaminya memahami. Dalam erti kata lain, suami menerima dan mencintai isteri seadanya. Selanjutnya, suami akan mentarbiyahnya, mengajaknya hidup membesar bersama. Dalam menuju syurga. Dalam menuju bahagia.

Harapan ini mulai dari hal-hal yang cukup mendasar hingga hal-hal yang masuk dalam kategori selera. Misalnya isteri berasal dari daerah pantai. Tentu sebagai orang pantai ia terbiasa bicara keras untuk melawan ombak. Saat suami menjadikannya isteri, ia harus pengertian dengan kondisi ini. Tidak langsung mencela isterinya sebagai wanita kasar atau kurang sopan. Sambil, secara bertahap suami memahamkan bahwa kini mereka tinggal di kota, misalnya, volume bicara perlu disesuaikan.

Contoh pengertian dalam hal selera adalah makanan. Misalnya isteri suka makan pedas dan terbiasa masak pedas. Sedangkan suami tidak suka makan pedas. Maka tidak bagus jika suami terus memaksa isterinya mengubah selera. Isteri lebih suka jika suaminya memahami, mengatakannya dengan lemah lembut dan menyiasat terlebih dahulu misalnya sambal diasingkan, atau jika tidak boleh berbuat demikian, maka dibuat dua jenis masakan berbeza. Pedas dan tidak pedas.

MENJADI IMAM

Laki-laki adalah pemimpin bagi wanita. Firman Allah ini pasti disedari betul oleh setiap wanita yang beriman. Sekaligus merupakan fitrah wanita mengharapkan suaminya menjadi pemimpin, menjadi imam dalam keluarga.

Suami juga sebagai imam yang diharapkan isteri dalam rumahtangganya, bukan sekadar ketua keluarga yang bertanggungjawab atas memberi nafkah. Tetapi lebih dari itu. Suami mampu memimpin dan mengarahkan isteri dan anak-anak menjadi lebih baik. Selain itu, suami juga mengingatkan isterinya dikala isteri membuat salah, boleh memotivasi isterinya ketika isteri berasa putus asa, dan juga dapat menjadi teladan bagi isteri dan anak-anak.

INSPIRASI

Isteri mengharapkan inspirasi dari suaminya atas apa yang isteri lakukan, atas apa prestasi yang isteri telah capai, bahkan atas idea-idea dan pemikirannya. Inspirasi itu berbentuk bermacam cara. Mulai dari ucapan terima kasih, memujinya, hingga memberinya hadiah.

Sama juga saat anak-anak meraih prestasi tertentu, seperti hafalan bertambah, hingga prestasi akademik bertambah baik. Sesungguhnya semua itu tidak lepas dari peranan isteri. Maka berterima kasih padanya atau memujinya akan membuat dirinya bahagia dan rasa dihargai.

WAKTU BERKUALITI

Isteri tidak hanya perlu nafkah zahir berupa harta. Yang lebih diperlukan isteri adalah waktu berkualiti. Apa ertinya kalau wang banyak, harta berlimpah, tetapi suami jarang berada di rumah. Suami sibuk habiskan masa mengumpul harta, sementara isteri merasa menjadi janda meskipun suaminya masih ada dan anak-anak merasa yatim meskipun ayah mereka masih ada. Ini kerana kehadiran suami secara psikologi tidak ada pada isteri. Kehadiran ayah secara psikologi tidak dapat dirasakan oleh anak-anak.

SALING BANTU-MEMBANTU

Wanita memang memiliki kemampuan yang luarbiasa. Ini salah satu perbezaan lelaki dan wanita. Namun, jika semua pekerjaan diserahkan kepada isteri, tentu isteri sangat terbeban. Isteri sangat berharap jika suaminya juga dapat membantunya. Paling tidak, jika mereka memang hidup tanpa pembantu/khadimat. Misalnya isteri membuat kerja memasak, suami pula membasuh pakaian. Isteri mengajar anak belajar bahasa Melayu, suami yang mengajar mengaji al-quran.

MEMBERI SOKONGAN

Berapa pun usia isteri, semua orang pasti memiliki keinginan. Memiliki cita-cita. Ingin berkembang. Ingin lebih baik. Asalkan keinginan dan cita-cita itu baik, suami perlu memberi sokongan.

Di saat isteri menghadapi tentangan atau masalah. Sokongan suami sangat diharapkan. Terutama ketika hamil atau bersalin, suami perlu memberi sokongan agar isteri kuat dan bersemangat. Diwaktu ada masalah, suami harus menyokong dan sentiasa ada disisinya.

NAFKAH BATIN

Keperluan yang hanya dapat dipenuhi melalui pernikahan ini mutlak diharapkan oleh isteri, khususnya ketika usianya masih muda sebelum menopouse. Terkadang kerana kesibukan, suami jarang memberikan nafkah batin kepada isterinya. Padahal, nafkah ini dalam keperluan umum perlu dinikmati bersama empat hari sekali (dikiaskan dengan satu suami memiliki empat isteri).

HARI ISTIMEWA

isteri sangat suka jika suaminya mengingati detik-detik yang penting. Isteri akan menjadi merasa dihargai dan disayang. Misalnya tarikh pernikahan, tarikh lahir isteri, tarikh lahir anak, dan sebagainya. Saat suami memberikan kejutan hadiah pada hari istimewa, isteri pasti merasa suami sangat perhatin dan cinta kepadanya.

0 Response to "10 Perkara Yang Paling Diharapkan Isteri Dari Suami"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...