Misteri Disebalik Tragedi Kereta Terbang Di Mersing Menjadi Tanda Tanya

















Misteri Disebalik Tragedi Kereta Terbang Di Mersing Menjadi Tanda Tanya - Lokasi kemalangn ini katany@ di Felda Nitar, Mersing, Johor.



Yg pelik tu, macam manalah kereta Vios tu boleh ‘terbang’ sampai macam tu skali?



Mungkin kakak baju kurung warna hijau tu boleh cerita hehehehe



Atau mungkinkah anda ada maklumat yg nak dikongsikan mengenai kemalangan ini?



Apalagi, jomlah kongsi!



Ok..Disini akak kongsikan cerita pasal jalan maut ni...

bukan citer pasal keter ni...ni citer pasal jalan tempat kejadian ni..

@kak mmang tinggal di Mersing,suami akak seorang guru...

Masa tu..suami akak baru ditukarkan ke SK Felda Nitar 1,Mersing..

Baru je..lebih kurang setahun yg lepas...



suami akak kesekolah selalunya naik motor jer..sbb??

Katanya bila naik keter..time tghari waktu balik skolah..memang dia selalu ngantuk..

jadi bila naik motor...kurang sket ngantuknya..

maklum je..bila tghari buta...jalannya mmg sunyi sepi..kiri kanan dipenuhi dgn hutan kelapa sawit...

Kenderaan pun jarang2 sekali yang lalu lalang



Jalan ni..selalu sangat berlakunya eksiden yg menyebabkan kemalangan maut...

Jadi nak tanya siapa?..sbb yang terlibat selalunya maut ditempat kejadian..



Ok..pendekan citer..

Baru beberapa minggu suami kakak berulang alik dari rumah ke Felda Nitar...

tak de la lama mana sangat pun

selalunya dalam 40 min sampailah...



Pada hari kejadian tu..

suami akak berada dalam opis..

macam biasa pasu bunga kecil mmg sentiasa berada diatas meja..,

masa tu dah tiba waktu balik makan,suami akak menoleh sekejap kebelakang...mencari sesuatu di laci meja..



Bila dia menoleh kembali ke meja asal..baru dia perasan...pasu atas meja dia tiba2 tak de...

jangan kan dia,akak pun rasa pelik..

sbb 2,3 kali pasu kecil tu berubah tempat

lagi la pelik..



sedangkan semua staff dah balik

tiba2 dia terpandang pasu tu terletak atas almari buku..pelik..

besoknya pasu tu berubah lagi kedudukannya



Pearsaan dia pun dah lain macam jer..

seram sejuk..



1.30 petang:



Hujan gerimis...hari panas..

Jalanraya lengang..sunyi sepi..

sebuah kenderaan pun tak de..

Hati terasa tak sedap...namun..diredahnya juga perjalanan pulang dgn menaiki motorsikal.



Jalan Nitar-Mersing

Sampai ditempat keter vios tu terbang...tetiba...ada sebuah motosikal scrambler mengekori rapat dibelakangnya..



Siapa??Rapat sungguh ..



sayangnya lelaki yang menunggangnya memakai helmet bertutup,bersarung tangan dan berjaket..Wajahnya langsung tak nampak..

Lelaki itu mengekori rapat..makin rapat dan rapat..

namun memotong motorsikal yang dinaiki suami akak tidak sekali-kali

Yang lebih pelik..

enjin motorsikal dari lelaki misteri itu langsung tidak kedengaran..



Seketika..Suami akak..menoleh ..namun...sunyi sepi..

Kelibat seorang manusia pun tak de..hanya pokok sawit dikiri kanan jalan...



Besoknnya kejadian yang sama berulang,juga ditempat yang sama...



hari ke 3:



ditempat sama...suami akak melihat kelibat seorang lelaki bertenggek di batu tanda tepi jalan..merenung tajam memandangnya...lama dia merenung tanpa berkelip



Motorsikal diberhentikan..suami akak menoleh kebelakang,namun..kelibat seorang manusia pun tak kelihatan...hanya hutan dikiri kanan jalan...

sunyi..dan suram suasana jalan ketika itu



Jadi siapa??

Kenapa lelaki itu mengekori dgn rapat sekali...macam nak ajak berlumba lagaknya...

namun sekelip mata saja lelaki itu tiba-tiba ghaib??



Disitu juga tempatnya kawan akak meninggal krn kereta yang dipandunya terbabas...adakah penyebabnya lelaki misteri itu juga?

atau ianya suatu kebetulan??



Wallahuallam...

0 Response to "Misteri Disebalik Tragedi Kereta Terbang Di Mersing Menjadi Tanda Tanya"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...